a) Penyambung-penyambung papan utama SE440BX.
|
Wake on Ring (J1A1). |
|
Kipas 1 (J8M1). |
|
Slot PCI (J4D2, J4D1, J4C1, J4B1). |
|
Pemacu disket (J8K1). |
|
Pilihan teknologi Wake on LAN (J1C1). |
|
Bekalan kuasa (J7L1). |
|
Kipas 3 (J3F2). |
|
Pilihan LED SCSI (J8J1). |
|
Pilihan Auxiliary Line In (J2F2). |
|
Panel depan (J8G2). |
|
Plihan telefoni (J2F1). |
|
IDE primari dan sekunder (J7G1, J8G1). |
|
Pilihan audio bagi CD-ROM (J1F1). |
|
DIMMs (J6J1, J6J2, J7J1) (J8M1). |
|
Pilihan intrusi casis (J3F1). |
|
AGP (J4E1). |
|
Slot 1 (J4J1). |
|
PC/PCI (J6D1). |
|
Kipas 2 (J4M1). |
|
Slot ISA (J4B2, J4A1). |
Penyambung LED SCSI.
Penyambung LED SCSI adalah penyambung 1 X 2-pin (J8J1) yang
membenarkan penggunaan pengawal SCSI tambahan bersama LED
seperti LED bina-dalam pada panel depan. Penyambung ini boleh digunakan
kepada keluaran LED pada kad pengawal tambahan. LED akan
bernyala semasa data dibaca atau ditulis semasa menggunakan pengawal tambahan
tersebut.
Penyambung PC/PCI.
Penyambung PC/PCI adalah penyambung 2 X 3-pin (J6D1) yang boleh
digunakan oleh papan tambahan PCI tertentu yang memerlukan fungsi
ISA DMA. Contoh penggunaan yang biasa adalah kad audio PCI.
Fungsi ISA DMA adalah diperlukan bagi kesesuaian Sound Blaster
yang asal atau benar.
Penyambung Bekalan Kuasa.
Apabila menggunakan bekalan kuasa ATX yang menyokong kawalan
kuasa on/off, papan utamanya boleh menutup bekalan kuasa secara
kawalan perisian. Untuk membenarkan penggunaan kawalan ini dalam perisian,
Advanced Power Management perlu dibenarkan dalam program setup dan
sistem operasi. Apabila sistem BIOS menerima isyarat APM
yang betul dari sistem operasi, maka BIOS akan menutup bekalan kuasa
komputer. Dengan kawalan ini dibenarkan, jika komputer disampuk oleh kuasa
luaran atau plug bekalan kuasa diputuskan, apabila kuasa diberi semula,
maka komputer akan kembali ke keadaan di mana sebelum ia disampuk (on
atau off).
b) Penyambung panel depan papan utama SE440BX.
|
Pembesar suara papan luar atau offboard speaker /internal PC speaker. |
|
Penyambung reset. |
|
Penyambung LED bekalan kuasa, tidur, penungguan mesej. |
|
Penyambung LED pemacu cakera keras. |
|
Penyambung infra-merah. |
|
Penyambung suis kembali/tidur. |
|
Penyambung bekalan kuasa on. |
Penyambung Pembesar Suara Papan Luar.
Pembesar suara ini boleh dipasang kepada penyambung panel depan ini
yang terletak di atas papan utama sebagai pilihan pembekal komputer. Pembesar
suara sama ada dalam- papan atau luar-papan memberikan maklumat kod beep
ralat semasa POST dijalankan walaupun komputer tersebut tidak boleh
menggunakan antaramuka video. Pembesar suara tersebut bukan disambung ke
subsistem audio (kad bunyi) dan ia tidak boleh menerima keluaran dari subsistem
audio tersebut.
Penyambung Reset.
Penyambung ini boleh disambungkan ke jenis suis momentari SPST
yang biasanya buka. Apabila suis ini ditutup, papan utama akan reset dan
menjalankan POST.
Penyambung LED Bekalan Kuasa, Tidur, Penungguan Mesej.
Penyambung ini boleh disambungkan ke LED berwarna-dua yang akan
bernyala apabila bekalan kuasa diberikan kepada komputer. Jadual berikut
menunjukkan keadaan yang mungkin berlaku bagi jenis LED tersebut.
|
|
Off. | Off. |
Hijau tetap. | Komputer sedang jalan. |
Hijau berkelip. | Komputer sedang jalan/penungguan mesej. |
Kuning tetap. | Komputer sedang tidur. |
Kuning berkelip. | Komputer sedang tidur/penungguan mesej. |
Penyambung LED Pemacu Cakera Keras.
Penyambung ini boleh disambungkan ke LED yang memberikan nyalaan
visual yang menunjukkan data dibaca atau ditulis oleh cakera keras. Untuk
memastikan LED berfungsi lancar, satu pemacu IDE mesti disambungkan
ke pengawal cakera keras di papan utama. LED ini juga akan menunjukkan
aktiviti bagi peranti yang disambung ke penyambung LED cakera keras
SCSI.
Penyambung Infra-merah.
Port Siri B boleh dikonfigurasikan untuk menyokong satu modul IrDA
yang disambungkan ke penyambung 6-pin ini. Selepas antaramuka IrDA
telah dikonfigurasikan, fail-fail boleh dihantar ke atau dari peranti berport
seperti laptops, PDAs, dan pencetak dengan menggunakan perisian
applikasi.
Penyambung Suis Kembali/Tidur.
Apabila APM dibenarkan dalam sistem BIOS, dan pemacu
sistem operasi sistem APM telah disetkan, maka sistem boleh memasuki
mod tidur (sleep/standby) dengan salah satu cara di bawah:
- Optional front panel sleep/resume button.
- Prolonged system inactivity using the BIOS inactivity time feature.
Penyambung 2-pin yang diletakkan di atas penyambung I/O panel
depan boleh menyokong suis tidur/kembali di panel depan, di mana suis tersebut
mesti jenis momentari SPST yang biasanya buka.
Dengan menutup suis tidur/kembali, ia boleh menghantar Sampukan Pengurusan
Sistem (System Management Interrupt - SMI) kepada mikropemproses,
di mana ia memasuki SMM dengan cepat. Semasa komputer dalam keadaan
tidur, komputer tersebut adalah bersedia penuh terhadap tindakbalas sampukan
luar seperti penerimaan faks dari luar walaupun monitor sahaja yang on
dan tiada sampukan terhadap papan kekunci atau tetikus. Untuk mengaktifkan
atau kembali semula operasi sistem, suis tidur/kembali mesti ditekan sekali
lagi, atau papan kekunci atau tetikus mesti digunakan (mempunyai sampukan).
Penyambung Bekalan Kuasa On.
Penyambung ini boleh disambungkan ke suis bekalan kuasa di panel depan.
Suis tersebut mesti menarik SW_ON# pin ke bumi bagi sekurang-kurangnya
50 ms untuk mengisyaratkan unit bekalan kuasa ke suis on
atau off. Masa yang diperlukan bagi isyarat dihantar adalah bergantung
kepada keadaan litar di dalam papan utama. Sekurang-kurangnya dua saat
mesti dihantar sebelum unit bekalan kuasa akan mengenalpasti isyarat on/off
yang berikutnya.
c) Penyambung panel belakang papan utama SE440BX.
|
Penyambung PS/2 bagi papan kekunci dan tetikus. |
|
Dua penyambung USB (stacked). |
|
Satu port selari. |
|
Dua port siri. |
|
Port MIDI/game. |
|
Jack audio luaran (pilihan): Line Out/Spk Out (I), Line In (J) dan Mic In (K). |