Dibandingkan
dengan papan utama yang hanya boleh menyokong mikropemproses Intel Pentium
MMX seperti Intel 430TX yang menggunakan ZIF 7 Socket,
sistem bas 66 MHz dan PCI Slot (Sila rujuk gambarajah
di bawah), Intel 440BX yang menggunakan Slot 1 (untuk menyokong
mikropemproses Intel Pentium II), sistem bas sama ada 66 MHz
atau 100 MHz dan AGP Slot mempunyai banyak faedah dari segi
grafik 3D, multimedia (seperti DVD), permainan komputer,
pendidikan, perniagaan dan applikasi digital.
Berikut
merupakan jadual yang menunjukkan ciri-ciri dan faedah-faedah SE440BX:
|
|
Sokongan mikropemproses Pentiumâ II. | Persembahan sistem yang tinggi apabila menggunakan mikropemproses Pentium II yang mempunyai kelajuan 233 MHz, 266 MHz, 300 MHz, 333 MHz, 350 MHz dan 400 MHz. |
Intel 440BX AGPset. | Menyokong komponen kedua-dua sistem bas 66 MHz dan 100 MHz. |
Tiga soket DIMM 168 pin. | Persembahan memori yang tertinggi yang dapat menyokong sehingga 384 MB SDRAM. |
Pengurusan Perkakasan ASICWfM1.1 Compliant. | Mengurangkan jumlah kos bagi pemilik dalam pengurusan perkakasan. |
Ultra ATA. | Disk I/O yang cepat dengan penghantaran data yang tinggi. |
PCI Audio. | Subsistem audio yang berkualiti. |
Penyambung Universal Serial Bus (USB). | Penyambungan sampingan dan ringkas di mana dapat menyokong banyak perkakasan seperti pengimbas, tetikus, papan kekunci, kamera digital dan banyak lagi. |
Tiga tahun jaminan bersyarat. | Perlindungan sampingan yang memberikan jaminan yang baik. |